PKP Penuh | Moratorium automatik & subsidi upah antara harapan PKS

2022-03-24 0

Moratorium secara automatik, program subsidi upah dan geran khas prihatin (GKP) antara keutamaan bantuan yang perlu diberikan kerajaan kepada peniaga kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM), Azharee Wahid, ini penting bagi memastikan aliran tunai peniaga tidak terjejas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula 1 Jun ini.